|
ke pasar minggu membeli arang
|
| PANTUN PANTAI DAMAI IN THE MAKING |
|
|
| Written by Pak Asdy | |
| Saturday, 19 January 2008 | |
|
Saya kini sedang menyusun mansukrip untuk projek buku Pantun Pantai Damai yang terletak di bawah menu Istimewa di Laman Utara laman web ini.
Sebagaimana dinyatakan kita berhasrat menerbitkan pantun-pantun berkenaan ke dalam sebuah buku yang akan berilustrasikan gambar-gambar panorama Pantai Damai di Santubong, Sarawak yang satu contohnya di atas dan sebuah lagidi ruangan Berbalas Pantun.
Selain itu pantun-pantun soalan yang ada akan diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris. Pada masa yang sama lokasi, objek atau fakta yang disebut di dalam pembayang pantun soalan akan dihuraikan dalam rencana kecil berilusterasi gambar foto dan ditulis dalam bahasa Melayu dan Inggeris.
Buku berkenaan, Insya Allah akan diterbitkan untuk dijual kepada pelancong yang berminat terhadap kebudayaan, seni dan alam sekitar Malaysia, khususnya sekitar Pantai Damai, selain untuk pasaran di seluruh dunia berbahasa Melayu dan pusat-pusat pengajian budaya Melayu di seluruh dunia.
Kami dapati amat sedikit mereka yang menjawab pantun-pantun dijual di laman Istimewa itu, kerana hanya beberapa sahaja yang rajin menjawab pantun-pantun yang dijual, walaupun ramai yang menjawab pantun di laman Berbalas Pantun.
Demi membolehkan lebih ramai berpeluang menyertai projek hiliran pantunonline.com ini kita kini memberi ruang sehingga akhir Mei 2008 untuk mereka yang belum menyertainya untuk tampil menjawab pantun-pantun yang disediakan.
Insya Allah semua pantun yang sesuai akan dimasukkan menjadi sebahagian daripada kandungan buku Pantun Pantai Damai nanti.
Sila manfaatkan peluang ini sementara masih dibuka.
Wassalam
SAIEE DRISS (Pak Asdy) 19 April 2008
|
| < Prev |
|---|
Silalah login untuk turut sama bersembang! Sekiranya anda belum lagi mendaftar sebagai ahli, silalah mendaftar.