Laman Utama
SILA TINGGALKAN CATATAN DALAM BUKU TAMU Print E-mail
User Rating: / 1
PoorBest 
Written by Pak Asdy   
Tuesday, 15 January 2008

 

Terima kasih kerana singgah bersantai ke laman ini.

 

Kami amat menghargai kunjungan itu, kerana bagi kami itu tanda sokongan yang membolehkan kami mencapai hasrat dan matlamat memartabatkan pantun sebagai khazanah dunia.

 

Cukup indah apabila catatan menunjukkan pengunjung Pantunonline.com datang dari merata tempat di dunia. Ini sekali gus membantu kami memperkenalkan pantun kepada sesiapa yang belum mengenalinya dan mengngatkan rakan-rakan dan saudara-saudara yang beraqda di rantauan akan adanya khazanah budaya bangsa bernama pantun yang masih segar dan berkembang baik.

 

Akan lebih indah dan lebih sedap rasa di hati sekiranya para pengunjung dapat meninggalkan catatan dan alamat emel masing-masing dalam Buku Tamu.

 

Catatan itu menjadi refleklsi kepada kami supaya mengetahui di mana kelemahan yang boleh diatasi dan di mana unsur yang disukai yang boleh dipertingkatkan lagi.

 

Melalui alamat emel dan URL yang kalian berikan dapatlah kami  kami menyusul dengan apa-apa berita dan apa-apa peluang serta tawaran yang mungkin mampu kami wujudkan.

 

Di antaranya kini kami tawarkan peluang untuk menghasilkan pantun dengan menjawab pantun-pantun dalam siri Pantun Pantai Damai di ruangan Berbalas Pantun, yang kami cadang akan dibukukan tahun ini.

 

Kami juga bercadang untuk menyediakan hadiah kecil kepada sesiapa yang mampu menghasilkan pantun yang indah dalam siri Ujibakat Menyiapkan Pantun. Siri 1 sedang diadakan sekarang.

 

Terima kasih sekali lagi.

 

Wassalam

 

SAIEE DRISS
(Pak Asdy)

 
< Prev   Next >
anyam bakul beri berbingkai
tempat menyimpan sebungkal benang
sudah berlarutan dilanda badai
kuala sungai bilakah tenang?
 
  • Nuffnang skyscraper

Pengguna di talian

We have 5 guests online

Statistik Pelawat

Visitors: 583586