| BERITA TERKINI: PROJEK PANTUN PANTAI DAMAI |
|
|
| Written by Pak Asdy | |
| Friday, 25 January 2008 | |
|
Sejak dicadangkan projek ini iaitu menerbitkan sebuah buku khas yang mengandungi pantun-pantun bertemakan Pantai Damai daripada ruangan Berbalas Pantun, beberapa langkah telah diambil oleh pihak PantunOnline.com Kini pantun-pantun itu sudah diasingkan di ruangan khas diberi nama Istimewa dalam menu di Laman Utama. Ini bererti sesiapa yang ingin menyertai projek itu dengan menjawab pantun-pantun yang dikemukakan, perlu pergi dan klik menu Istimewa. Sebagaimana dinyatakan sebelum ini pantun-pantuin asal dan jawapan akan diterbitkan dalam buku yang sedang diusahakan setelah diedit. Setiap pantun itu nanti akan dihiasi dengan foto panorama dan objek berkaitan bagi membolehkan pembnaca memahami konteks sejarah, budaya dan alam pada pembayang pantun itu. Selain itu akan diberikan juga ulasan atau rencana kecil mengenai tema yang menjadi pembayang maksud pantun itu. Pihak pengurusan PantunOnLine.com juga telah memulakan rundingan dengan pelbagai pihak yang mungkin berkongsi dalam penerbitan itu untuk membolehkan buku berkenaan memasuki pasaran yang disasarkan dengan lebih berkesan. Biarlah kerja pengurusan dan penerbitan diserahkan kepada PantunOnLine.com dan anda tinggal menjawab pantun-pantun disediakan. Selamat mernyertai projek Pantun Pantai Damai. Pak Asdy, |
| < Prev | Next > |
|---|
|
anyam bakul beri berbingkai tempat menyimpan sebungkal benang sudah berlarutan dilanda badai kuala sungai bilakah tenang? |