Laman Utama arrow Berbalas Pantun
Berbalas Pantun
MESRA SELEPAS BERTENGKAR? Print E-mail
User Rating: / 0
Written by Oak Asdy   
Tuesday, 08 January 2008
Malam gelita pasang pelita
Supaya terang di tengah rumah
Betulkah petua mualim cinta
Selepas bertengkar mesra bertambah?
 
CINTA SMS Print E-mail
User Rating: / 2
Written by Pak Asdy   
Tuesday, 08 January 2008
Nangka manis jangan dipangkas
Takut rosak dahan lebatnya
Cinta sms bahasanya ringkas
Apakah ringkas jua jangkanya?
 
BAHASA BERKASIH Print E-mail
User Rating: / 0
Written by Pak Asdy   
Tuesday, 08 January 2008
Ikat-ikat daun selasih,
Bila kering rendam bijinya
Begitukah sifat bahasa berkasih
Mulut menidak hati mengia?
 
BERUSIK SEMAKIN MESRA Print E-mail
User Rating: / 0
Written by Pak Asdy   
Tuesday, 08 January 2008
Ombak mendarat terbuang buih,
Dek panas terik kering segera
Benarkah sifat orang berkasih,
Banyak berusik semakin mesra?
 
SIFAT KERA Print E-mail
User Rating: / 0
Written by Pak Asdy   
Tuesday, 08 January 2008
Tempua bersarang di rumpun padi
Lagunya nyaring bertingkah suara
Akibat kerap meremehkan budi
Semakinkah manusia bersifat kera?
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Results 129 - 144 of 188

Pengguna di talian

We have 19 guests online

Statistik Pelawat

Visitors: 584043