Syabas atas kegigihan sdr memperjuangkan seni budaya bangsa. Semoga terus mencapai kejayaan. Salam hormat.
Komen Pengurusan: Anggapkan usaha ini sebagai seketul bata di dalam binaan sebuah mahligai budaya.
Lebih banyak bata, batu, pasir dan simen diperlukan barulah mahligai itu terbina.
Marilah sama-sama kita memberi sumbangan ke arah pembinaan mahligai budaya itu.
Harizzam 15 December 2007 15:54 |
Duduk dibawah pohon berangan Daunnya jatuh berguguran Eloklah disapu dan dibuangkan Pantun diatas dicaci jangan Kerana reez kurang kemahiran Ianya hanya suatu ciptaan
sitianiszuana 13 December 2007 02:35 |
Ceria bunga berseri kembangnya Indahnya walau dihujung laman Budaya bangsa indahnya nyata Semoga terus meranjau zaman
t_qooze 13 December 2007 02:31 |
Umpun-umpun dibuat umpan Buat memancing ikan gelama Sastera melayu terus juangkan Semoga pantun kekal selama
Anggapkan usaha ini sebagai seketul bata di dalam binaan sebuah mahligai budaya.
Lebih banyak bata, batu, pasir dan simen diperlukan barulah mahligai itu terbina.
Marilah sama-sama kita memberi sumbangan ke arah pembinaan mahligai budaya itu.