Laman Utama arrow Buku Tamu

Buku Tamu

Tandatangani Buku Tamu


combi    19 January 2008 16:37 |
RatingRatingRatingRatingRating
slm pak asdy..combi x pandai pantun tp mmg suke pantun..bole mai sini selalu ekk.

tahniah diatas usaha tuan ini supaya pantun melayu kekal sepanjang zaman. :) ;)
Komen Pengurusan Komen Pengurusan:
Terima kasih Combi. Sekarang sedang berusaha menjadikan laman ini salah sebuah bahan rujukan pelajar semua peringkat termasuk di luar negara berkenaan pantun. Maka Sudut Komsas akan diwujudkan. :)

Pharo Abdul Hakim    17 January 2008 15:04 |
RatingRatingRatingRatingRating
Dari Alor Setar hendak ke Marudi
Air selasih diminum pagi
Singgah sebentar menjenguk Pak Asdy
Mata masih tak mengantuk lagi

Salam hormat buat Pak Asdy
Komen Pengurusan Komen Pengurusan:
Terima kasih kerana menjenguk juga

Kalau menghidang kuih setalam
Campurlah sedikit hirisan bidara
Kunjungan siang ataupun malam
Tetap disambut dengan mesra

Semoga tetap sejahtera :)

zaid    15 January 2008 02:28 |
RatingRatingRatingRatingRating
zaid19844
maaf saya tak pandai berpantun.... :eek

Membajak sawah hingga ke petang
peluh keringat membasahi diri
pantun melayu sudah terbilang
Tahniah saudara memartabatkan pantun sendiri

....keep rock bro.... :p
Komen Pengurusan Komen Pengurusan:
Terima kasih kerana meninggalkan catatan. :grin

Yuhastina Naina Sina    15 January 2008 02:01 |
RatingRatingRatingRatingRating
Apa guna orang bertenun
Untuk membuat kain pelekat
Apa guna orang berpantun
Untuk mengkaji adat istiadat

Laman yang yang menarik untuk dilayari..banyak ilmu didalamnya..tahniah untuk penaja laman nie.. salam budaya dari www.melayuonline.com
Komen Pengurusan Komen Pengurusan:
Terima kasih kerana berkunjung. Saya juga kerap berkunjung ke melayuonline.com dan beroleh banyak ilmu dari sana. Saya alu-alukan kerjasama antara kitya. :)

Vanda Dyana    27 December 2007 03:09 |
RatingRatingRatingRatingRating
vanda
Laman seumpama ini patutnya telah dibina lama dahulu lagi. Tahniah! dengan usaha dan gigih payah sdr. Harap pengisiannya lebih mantap pada masa hadapan, terutama artikal tentang dunia pantun melayu. Mungkin kajian2 tentang pantun, definisi pantun dan sejarah pantun itu sendiri boleh dipaparkan untuk pengetahuan kita semua. saya pernah menemukan laman pantun di http://www.usm.my/pantun/sejarah.asp . andai digabungkan kedua-dua laman ini, saya percaya ianya akan lebih mantap.
Komen Pengurusan Komen Pengurusan:
Terima kasih atas cadangan itu. Sebenarnya kerja penyelarasan sedang dibuat dengan pihak berkenaan. Malah ada beberapa peningkatan akan dibuat termasuk memasukkan bahan audio-visual yang berkaitan. Memangh kami mahu pantunonline menjadi bahan kajian dan rujukan terutama untuk anak bangsa.


74
entri di dalam buku tamu
« 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 »

Pengguna di talian

We have 16 guests online

Statistik Pelawat

Visitors: 584983