Laman Utama arrow Artikel arrow PANTUN ONLINE: PANTUN-PANTUN MENGETOP
PANTUN ONLINE: PANTUN-PANTUN MENGETOP Print E-mail
User Rating: / 5
PoorBest 
Written by Pak Asdy   
Wednesday, 30 April 2008

 

 

  

Setelah lima bulan atau sekitar 150 hari kewujudan Pantun On Line, pada jam 10 malam hari ini, 30 April 2008 kita telah menyemak kembali sekitar 180 judul pantun yang dikemukakan di bawah menu Koleksi Pantun.

 

Terdapat tiga rangkap pantun yang mendapat sambutan jauh mengatasi yang lain.

 

Tiga pantun itu ialah Pupus Pusaka mula dipaparkan pada 18 Mac dengan mendapat 349 kunjungan, Cintailah Pusaka dipaparkan pada 26 Februari dengan 398 hit dan Awan dan Jerebu dipapar pada 26 Februari juga dan mendapat 380 hit dan 4 memberinya rating empat bintang.

 

Berikut kita paparkan data serta teksnya.

 

 

Pupus Pusaka

(Dipapar mulai 18 Mac 2008) 349 hit dengan tiga pengunjung memberi rating terbaik iaitu 5 bintang) 

 

tumbuh kabung di tanah rata

dicelah-celah si rumpun tepus

togel gunung bukit pun rata

musnah alam pusaka pupus  

Cintailah Pusaka

 

(Dipaparkan mulai Selasa, 26 Februari 2008 dengan 398 hit dan dua pengunjungi memberi rating empat bintang)

pohon rendang jangan ditebang

batang yang rebah kuntang terbakar

warisan pusaka jangan dibuang

biarlah bertambah jangan bertukar  

 

 

Awan dan Jerebu 

 

(Dipaparkan mulai Selasa, 26 Februari 2008, beroleh 380 hit dengan empat pengunjung menganugerahkan rating empat bintang)

ditebang punggur yang robek pohon

rebah lurus di atas pematang

kucari bintang di balik daun

awan berlalu jerebu datang 

 

 

 

 

Membaca balik pantun-pantun itu kita dapati dua daripadanya  membawa tema menjaga pusaka atau warisan dan sebuah lagi membawa tema alam sekitar.

 

Pantun Pupus Pusaka mengadunkan sekali tema memelihara alam sekitar dan menjaga pusaka kerana apabila alam sekitar sudah rosak iaitu apabila gunung tigel dan bukit diratakan alam akan musnah dan pusaka dalam apa bentuk sekali pun akan musnah .

 

Ini merupakan paparan lebih kuat daripada pantun Awan dan Jerebu dipaparkan kira-kira sebulan lebih awal yang menegaskan tentang musnahnya keindahan alam oleh jerebu sehingga bintang tidak kelihatan di celah daun.

 

Bagaimanapun dari segi nilai ambiguiti atau keindahan kerana ketaksaan makna, pantun Pupus Pusaka jauh lebih bindah dan halus nukilannya.

 

Pantun paling banyak mendapat hit ialah Cintailah Pustaka yang menegaskan supaya warisan pusaka jangan sampai tergadai sebaliknya harus sentiasa diusahakan tambahan dan peningkatannya.

 

Pantun ini agak polos atau lurus perutusannya sehingga tidak perlu berfikir panjang sudah ada kesannya makna. Bagaimanapun maknanya disogok dengan agak terlalu mentah, macam ungkapan biasa.

 

Berdasarkan tiga pantun itu kita dapati para pengunjung amat perihatin terhadap alam sekitar dan warisan pusaka. Mungkin rasa cintakan warisan pusaka itu telah menyebabkan Pantun On Line menerima pengunjung yang sehingga hari ini sudah hampir 19100 hit.

  

 

 
Next >

Pengguna di talian

We have 11 guests online

Statistik Pelawat

Visitors: 584849