Artikel
Gendang Melayu Sarawak : Satu unsur pemersatu pelbagai kaum 3 | Gendang Melayu Sarawak : Satu unsur pemersatu pelbagai kaum 3 |
|
|
| Written by Saiee Driss | |
| Friday, 30 November 2007 | |
|
Lagu-Lagu Gendang Melayu Baru
Satu keistemwaan Gendang Melayu Baru di Sarawak ialah adanya satu rangkaian lagu yang khusus untuk persembahan itu. Di antara yang amat terkenal ialah Samsuddin, Labuan, Becerai Kasih, Cinta Berahi, Bintang Beralih, Nasib Sarawak dan banyak lagi. RTM Sarawak ketemu sebuah lagi iaitu Pasang Pagi semasa mengadakan persembahan bersama dengan RTB Brunei tahun lalu. Menurut satu laporan semasa Seminar Budaya Melayu Sarawak di Kuching kira-kira tujuh tahun yang lalu, ada kira-kira 30 lagu Kuching kesemuanya tapi kebanyakannya sudah tidak dinyanyikan lagi kerana tidak ada yang boleh ingat melodinya. Sejauh yang saya pernah dengar hampir kesemua lagu tarian itu tidak ada dalam senarai lagu tarian di Semenanjung.
Penyerapan pelbagai kaum ke dalam sesi gendang. menurut pengalaman saya bermula dengan kaum Iban dan Cina datang mendengar orang bergendang. Mereka hadir mulanya sekadar sebagai penonton dan melihat dari tepi pintu atau dari luar rumah, biasanya di atas anjung. Ada yang turut sama bertepuk dan ketawa apabila mendengar pantun itu menarik dan lucu. Dalam kehidupan seharian orang-orang atau para pengunjung ini biasanya dikenali atau merupakan kawan rapat kerana mereka datang dari kampung¬kampung atau rumah panjang berdekatan. Dalam majlis gendang demikian orang Melayu yang memang berbudi bahasa turut menjemput mereka menari sama. Mula-mula kekok. Bagaimanapun setelah beberapa kali mereka jadi pandai mengikut rentak. Lepas itu pantang dengar bunyi gendang di kampung Melayu maka datanglah pemuda-pemuda Iban dan bumiputera lain juga Cina yang berdekatan untuk bertandak dan ada yang pandai berbalas pantun.
Masuknya gendang ke rumah panjang adalah apabila ditubuhnya Malaysia dan dilantik orang-oran tempatan jadi menteri negeri. Kadangkala menteri itu dalam lawatannya membawa bersama-samanya sih gendang untuk mengadakan persembahan di rumah panjang.
Persembahan gendang itu pun terus merebak ke rumah panjang dan ada pula wanita di rumah pan.lang yang belajar dan menguasai seni ini dengan kecekapan berpantun. Dua tahun lepas semasa diadakan satu pertandingan gendang di Sibu, sih gendang terbaik adalah seorang wanita Iban dan apabila diadakan sesi gendang di Lembah Rejang di antara sih gendang terkenal adalah keturunan Melanau.
Pemerhatian
Apakah yang menjadikan seni gendang Melayu ini mcnarik dan boleh serap dengan cepat di kalangan masyarakat pelbagai kaum?
Pertama, rentaknya yang agak tetap dan lagu yang cukup rancak lagi menghiburkan.
Kedua gerak tari tarian yang mudah ditarikan oleh sesiapa yang melihatnya. Ini pasti berbeza dengan rentak tarian Melayu lama yang banyak unsur silatnya dan ajat yang juga banyak unsur pertahanan diri dan peragaan kgagahan.
Ketiga pantun empat kerat yang mudah dikuasai oleh sesiapa sahaja yang boleh berbahasa Melayu.
Ancaman Terhadap Gendang Melayu Baru
Tentangan terhadap seni Gendang Melayu Baru bukan sahaja datang daripada pihak-pihak dalam masyarakat yang melihatnya sebagai penggalak maksiat. Ancaman juga juga daripada media, dan pengamal seni itu sendiri. Sekalipun radio menjadi penyebar Gendang Melayu Baru sehingga ia menjadi popular, radio dan kenmudiannya televisyen dan media elektronik lain menjadi pengancam apabila media itu turut menyiarkan lagu-lagu yang lebih menrik dan boleh dinyanyikan oleh semua, terutama lagu-lagu yang menjadi penghias filem dan lagu-lagu pop yang memang sasarannya masyarakat umum. Akibatnya Gendang Melayu Baru yang pada dasarnya satu seni partisipatif atau seni yang memerlukan penyertaan aktif para peminat dan pengamalnya semakin hilang peminat kerana unsur pemisahan tempat kaum lelaki dan wanita, sekatan tertentu di dalam penyertaan dan pelbagai lagi.
Turut merosakkan seni Gendang Melayu Baru ialah perbuatan sih-sih gendang yang cuba menggunakan majlis untuk mempersembahkan lagu pop atau lagu dangdut dalam irama gendang, sehingga rosak pola pantun empat kerat. Akhinya penyerapan lagu-lagu bukan lagu gendang itu tidak diterima dengan baik oleh semua pihak, jumlah mereka yang tahu lagu gendang sebenarnya semakin kurang dan semakin berusia serta tidak berminat lagi. dan Gendang Melayu Baru memasuki tahap awetan dan artefak budaya.
Sejak beberapa tahun Jabatan Kebudayaan dan Kesenian berusaha menghidupkan semula gendang di Kampung Sejaie. dalam Bahagian Samarahan. Ada kumpulan remaja dan kanak-kanak yang sudah fasih menari tandak dan mengadakan persembahan untuk tontonan di acara budaya. Namun setakat itu sahajalah yang mampu dicapai kerana untuk menarik orang muda lain menyertainya sebagaimana suatu ketika dahulu agak mustahil.
Yayasan Budaya Melayu pernah mengadakan pertandingan gendang Melayu. Seminar dan bengkel juga pernah diadakan dan ada sekumpulan pakar gendang di yayasan itu untuk membantu sesiapa yang mahu mengadakan pertandingan. Bagaimanapun hasilnya masih belum dapat merancakkan seni itu dan memberikannya kembali peranannya seperti dahulu. la tetap sebagaimana pantun — ada tapi peranannya kecil.
Kesimpulan
Boleh disimpulkan bahawa dari beberapa aspek Gendang Melayu Baru masih boleh berfungsi sebagai pemersatu pelbagai kaum dan budava dan sudah adapun irama gendang dan lagu tandak dijadikan lagu lban. Bidayuh dan Kayan yang dirakam dalam VCD. |
| < Prev |
|---|