Artikel
Gendang Melayu Sarawak : Satu unsur pemersatu pelbagai kaum 2 | Gendang Melayu Sarawak : Satu unsur pemersatu pelbagai kaum 2 |
|
|
| Written by Saiee Driss | |
| Friday, 30 November 2007 | |
|
Perubahan Aura
Dalam bentuk asalnya Gendang Melayu Lama atau Gendang Air pantunlah yang mengubah auranya daripada aura mistik dan sakral kepada sekular dan hiburan umum. Dalam Gendang Melayu Lama, pantun empat kerat yang membawa tema cinta dan kasih sayang, cuba menarik orang ramai, walaupun bukan semua boleh menari dengan baik. Dan oleh kerana unsur irama yang masih ada dengung ritualnya maka ia tidak dikongsikan bersama dengan kaum lain.
Saya buat sementara ini mengemukakan hipotesis bahawa gejala Gendang Melayu Baru yang kemudiannya disebut Bergendang, Bertandak, Bermukun atau Nopeng adalah kesan kemasukan persembahan bangsawan ke Sarawak dari Malaya dan Singapura sejak tahun 20-an lagi. Bangsawan dengan muzik ‘live’ dan irama yang rancak malah banyak dipinjam daripada opera barat mengubah seni gendang dalam masyarakat Melayu menjadikannya total hiburan. Di antara tokoh bangsawan yang, kemudiannya menetap agak lama di Sarawak ialah keluargra Dollah Sarawak yang sekarang diwarisi olch Murni Sarawak, Anita Sarawak dan sebagainya. Mengikut pengisahan yang saya dengar malah Dollah Sarawak pernah bertugas sebagai ahli bomba di Saratok.
Kalau dalam Gendang Melayu Lama, rentaknya perlahan, nyanyiannya komunikasi sehala dan tariannva lemah gemalai, walaupun liriknya bertemakan cinta, dalam Gendang Melayu Baru rentaknya berubah menjadi semakin rancak dan sesuai dengan citarasa golongan muda semua kaum. Memang rentak nyanyian dan lagu Gendang Melayu Baru itu meningkat semakin rancak mengikut zaman. Dengan perubahan rentak dan lagu turut berubah juga peranan para pemain di dalamnva. Kalau dalam Gendang Melayu Lama mungkin ada gendang dan viola, tetapi dalam Gendang Melayu Baru ditambah gong, violin, harmonium, malah gitar dan akordian. Seni gerak dalam Gendang Melayu Baru berubah daripada berasaskan silat dan zapin kepada tarian hiburan yang agak lebih bebas dan lebih inovatif, kreatif dan ekspresif.
Kalau pada awalnya, dalam Persembahan Gendang Melayu Lama, disiplin ketat dipelihara dalam mengawal gerakan dan penyertaan dalam majlis dalam Gendang Melayu Baru pada peringkat awalnya juga hanya dua orang atau sepasang lelaki menari di hadapan tabir sambil berbalas pantun dengan sih gendang dan pasangannya. Sepasang penari tidak boleh dipotong atau diambil-alih tempatnya sehingga sudah sekurang-kurangnya sekali berbalas pantun. Sesiapa yang memotong giliran sebelum habis atau sebelum sempat berbalas pantun dikira melanggar adat dan perkelahian boleh berlaku.
Tapi kemudiannya lebih daripada sepasang penandak masuk ke pentas serentak dan bukan sahaja lelaki malah wanita juga masuk bertandak. Ini telah menjadikannya tidak terkawal dan turut menyumbang kepada kemusnahan seni itu sendiri.
Bermukun
Satu ciri khas Gendang Melayu baik yang baru atau yang lama adalah pada penggunaan pantun empat keratnya. Pantun empat kerat boleh berfungsi dengan baik, dalam kedua¬-dua rentak iaitu rentak Gendang Melayu Lama yang lemah gemalai dan mendayu-dayu dan Gendang Melayu Baru yang rancak.
Pantun empat kerat hanya milik masyarakat Melayu asalnya, dengan struktur khusus ada pembayang dan ada maksud. Inovasi terbesar ialah apabila mula berlaku berbalas pantun, iaitu sih gendang yang dulunya menyanyi seorang dibantu oleh temannya sebagai suara latar dan pantun menjadi media komunikasi sehala, dalam Gendang Melayu Baru pantun¬pantunnya berbalas atau bersoal dan berjawab pantun di antara lelaki yang menari dan sih gendang yang bergendang. Menerusi pantun itu mereka usik mengusik dan sindir menyindir.
Tidak dapat dipastikan bila berbalas pantun lelaki dan wanita diwujudkan dalam Gendang Melayu Baru. Yang jelas pada akhir tahun 1920-an ia sudah berlaku, kalau diteliti teks novel Melati Sarawak karya Muhamad Rakawi Yusuf.
Apabila saga mula menghadiri malis gendang pada pertengahan tahun 1950-an sesuatu majlis bermulanya sih gendang menyanyikan dua tiga rangkap pantun pembukaan yang selalunya bermula dengan pantun:
Bismillah baku memasak nasi,
Pantun kedua pula biasanya berbunyi
Kain lamak kesumbalah baru.
Lepas itu biasanya pantun-pantun cuba membangkit nostalgia atau meraih simpati akan nasib dan cinta sayang sih gendang. Dua pantun berikut selalu digunakan sebelum majlis menjadi rancak dan pasangan pertama menari atau bertandak.
Patah gelang di luge kerek, Bila kukenang mainlah gik marek;
Ngalanglah-ngalah kaca di dulang,
Bukan mukun sebarang mukun,
Dengan pantun itu bererti penari lelaki dicabar untuk berbalas pantun. Di sinilah peluang untuk mereka yang bersuara merdu dan bijak berbalas pantun menjadi hero dan menunjukkan kehebatannya. Penandak demikian ada peminat sendiri dan sentiasa dinanti-¬nanti kedatangannya ke majlis gendang.
Berikut kita perturunkan beberapa rangkap pantun yang, merupakan pantun kodi di dalam acara Gendang Melayu di Sarawak, yang sering dijual beli dalam acara bertandak.
Sayang Hanuman meminta bunuh,
Meminta bebat berdengan kain,
Duak tiga kucing balari, Tidaklah dapat kupolah kuih,
Nopeng
Pada peringkat popularnya Gendang Melayu Lama itu, ia kurang diketahui dan tidak menarik minat kaum lain, kerana syarat pakaian yang fashionable. malah untuk menjayakannya dalam cara formal perlukan pakaian Melayu dan bersongkok sedangkan songkok dilihat sebagai lambang keislaman pemakainya. Dengan kata lain pada peringkat awal muzik dan tarian pelbagai etnik utama ini tidak memberi ruang untuk kesepaduan dan tidak boleh menjadi medan bersama untuk berhibur.
Apabila majlis bergendang menjadi seni popular maka tentangan dan pandangan serong mula timbul terhadapnya dan ia dilihat oleh sesetengah pihak sebagai kegiatan penuh maksiat dan untuk golongan longgar moralnya. Serangan terhadap Gendang Melayu Baru amat jelas dalam novel Melati Sarawak tulisan Mohamad Rakawi Yusuf terbitan tahun 1932 yang menggambarkan masyarakat Melayu Sarawak pada tahun 1927 dan 1928. Malah kalau dibaca seolah-olah seluruh novel itu mempunyai misi menyelamatkan moral masyarakat Melayu daripada gejala Gendang Melayu Baru yang diberi nama jolokan kulit kambing kering.
Pandangan serong itu mendatangkan konflik cukup hebat kepada anak-anak muda keturunan bangsawan seperti perabangan, pangeran dan sayed atau tuanku yang tergolong di dalam istilah masyarakat Melayu, terutamanya di Kuching. Mereka berminat hendak turut serta di dalam acara demikian tetapi pandangan yang meremehkan seni itu menyekat mereka daripada masuk ke majlis. Maka untuk memenuhi keperluan semua maka mereka biasanya masuk dengan bertopeng untuk menyembunyikan wajah. Mereka turut sama bertandak dan malah bersahut pantun. Dari sinilah lahirnya istilah nopeng. Menurut informan saga ini hanya berlaku di Kuching dan tidak di tempat lain. Dengan kata lain kesan serangan terhadap gendang di dalam novel Melati Sarawak itu berkesan sehingga lahirlah budaya menari memakai topeng dan lahirlah juga istilah menopeng.
Dengan rentaknya berubah dan nyanyiannya menggunakan pantun-pantun yang bebas dan bertema cinta sayang, maka gendang dengan segera menjadi amat popular sepanjang tahun 40-an dan bertambah popular apabila sekitar tahun 1953 persembahan itu mula disiarkan di Radio Sarawak secara rakaman. Rakaman itu pula ada yang dibuat di luar Kuching menjadikannya seni itu menyerap semakin mendalam ke seluruh negeri. Dan kini siaran Gendang Melayu Baru yang bermula secara sehala sehingga akhir 90-an kini menjadi interaktif. Para pendengar boleh berinteraksi dan berbalas pantun langsung di udara melalui telefon sama ada sesama pendengar atau sih gendang atau pemantun lelaki di studio. Dan pesertanya kini bukan setakat orang Melayu yang memang pemilik budaya itu, tetapi sudah ada peserta lban, Melanau dan Cina yang fasih sekali berbalas pantun di udara sambil menyanyi lagu-lagu yang khusus untuk Gendang Melayu Baru. Saya dapati sebilangan besar peserta bukan Melayu bukan sekadar menyampaikan pantun kodi atau pantun lazim tetapi mampu mencipta pantun spontan mengikuti soalan yang dikemukakan atau jawapan yang diperlukan.
|
| < Prev | Next > |
|---|