Artikel
Gendang Melayu Sarawak : Satu unsur pemersatu pelbagai kaum 1 | Gendang Melayu Sarawak : Satu unsur pemersatu pelbagai kaum 1 |
|
|
| Written by Saiee Driss | |
| Friday, 30 November 2007 | |
|
Kertas kerja ini telah dibentangkan dalam Festival Puisi Pelbagai Kaum pada 10-13 Jun 2005 di Hotel Dynasty, Miri Sarawak.
Mukadimah Dalam makalah im dibincangkan perihal Gendang Melayu Sarawak sebagai satu unsur budaya tempatan Sarawak. yang berperanan sebagai salah satu unsur pemersatu yang berkesan pada satu peringkat dan ketika, antara kaum-kaum di Sarawak.
Sarawak
Sarawak, negeri terbesar di Malaysia dengan keluasan muka buminya 124-ribu kilometer persegi, suatu ketika bergelar Sarawak Darul Hana, dan kini bergelar Bumi Kenyalang. Penduduknya seramai sekitar 2.2 juta[1] orang terdiri daripada 27 kumpulan etnik bumiputera menjadikannya salah sebuah negeri yang paling banyak jumlah etniknya. Kumpulan-kumpulan etnik utama ialah Melayu, Melanau, lban, Bidayuh, dan Orang Ulu yang pada asalnya tinggal secara amat segmental mengikut geografi. Bagaimana mobiliti sosial dan penyerapan peranan ekonomi yang tidak mengikut batas kaum menjadikan pola sedemikian tidak lagi relevan.
Dengan kepelbagaian penduduk yang bercakap dalam 45 bahasa dan dialek[2] pastinya terdapat pelbagai pula unsur budaya, amalan dan kepercayaan tradisi. Secara ringkasnya orang Melayu beragama Islam, Melanau pula separuh-separuh antara Islam, Kristain,
Demikian terasingnya sistem sosial dan amal budaya dahulunya sehingga Kuching, Sibu, Sarikei. Miri, dan Limbang dianggap sebagai negeri yang berasingan. Bagaimanapun pendidikan dan mobiliti sosial hasil setelah kemerdekaan mewujudkan suasana yang memungkin wujudnya perpaduan bukan sahaja di antara bahagian-bahagian yang berlainan malah di antara pelbagai kaumnya.
Penubuhan Malaysia yang merangkumi Sarawak di dalammya, menuntutkan rakyat Sarawak bersatu padu demi survival dan kelangsungan dalam arus pembangunan politik dan ekonomi yang tiba-tiba lebih pesat dan lebih terarah.
Peranan Gendang Di Sarawak
Istilah gendang merujuk kepada beberapa alat muzik membrano yangh pelbagai bentuk tetapi kesemuanya melahirkan bunyi atau muzik apabila dipukul sama ada dengan tangan ataupun dengan dengan kayu pemukul atau lidi. Di antaranya ialah gendang kecil, gendang pertengahan, gendang besar, tabuh, tar dan kompang. Walau bagaimanapun dalam makalah im yang dirujuk ialah rebana yang diameter permukaannya sekitar setengah meter dan bentuk kayu badannya mengincup ke belakang dengan diameter lubang di belakangnya sekitar suku meter.
Gendang sebagai alat muzik wujud dalam semua budaya di Sarawak, dengan peranan hampir sama dalam semua kaum, tapi berbeza rentak pukulan. Dalam sejarahnva gendang atau rebana menjadi alat muzik upacara menurun atau perubatan tradisional untuk kesemua kaum bumiputera. Dan gendang juga menjadi salah sebuah alat muzik di dalam pukulan muzik bagi acara pertahanan diri seperti pencak dan shat dalam masyarakat Melayu dan Melanau, atau ajat perang dalam kaum Iban.
Gendang dalam Masyarakat Melayu Sarawak
Dalam makalah ini tumpuan adalah kepada rebana atau gendang, dalam acara hiburan, terutama di dalam masyarakat Melayu. Apabila bercakap tentang gendang dalam acara hiburan gendang dan santai yang kita maksudkan ialah permainan gendang atau majlis bergendang untuk berhibur dan memeriahkan suasana kerana ada kunjungan pembesar, bersuka ria selepas menuai, memeriahkan sesuatu perayaan atau majlis perkahwinan, upacara rasmi dihadiri oleh pembesar, atau kerana sesuatu kejayaan dan kemenangan.
Dalam masyarakat Melayu permainan gendang sebagai cara berhibur telah melalui evolusi dan perubahan mengikut zaman dan keadaan dan diberi pelbagai nama daripada Gendang Melayu Lama atau Gendang Air sehinggalah Majlis Tandak, Bermukun, Nopeng atau Gendang Melayu Baru.
Kita kurang pasti bila permainan gendang yang disebut Gendang Melayu Lama itu bermula. Bagaimanapun ada beberapa ciri menarik pada Gendang Melayu Lama. Amalan seni yang mungkin bermula pada awal abad ke-20an itu disebut juga Gendang Air di kawasan Sejaie di Bahagian Samarahan dan di Kuching. Dalam persembahan Gendang Air atau Gendang Melayu Lama sepasang atau lebih daripada dua orang, wanita memukul gendang secara harmonis di sebalik tabir atau tirai di rentang di tengah majlis. Salah seorang akan menvanyi lagu. Di antara lagu-lagu yang dinyanyikan ialah Ladoh Lanang, Air Surut, Air Pasang dan sebagainya. Kesemua lagu ini rentaknva perlahan sebagai mana lagu terdapat dalam upacara sembah rebab dalam Makyung atau Main Peteri di pantai timur Semenanjung Malaysia.
Ada informan saya yang mengatakan majlis itu pernah dijadikan sesi ujian bunga silat ketika kerajaan Brookes tidak mahu diadakan perguruan silat dibuka. maka mereka belajar secara sembunyti atau rahsia dan geraknya dipertonton dalam majlis Gendang Air.
Saya cenderung meletakkan Gendang Berdah yang terkenal di Sesang dalam kategori Gendang Melayu Lama dari segi rentak dan getak tarinva. Bezanya ialah Gendang Berdah membawa lirik yang temanya agama dan solawat, dan penarinva lebih daripada dua orang, yang membawa sapu tangan. Gendang Air yang mulanya membawa tema agama dan bunyi seolah-olah zikir pada awalnya kemudiannya memasukkan tema cinta insani. (Malah ada lagu Gendang Air bernama Ya Maulai). Bagaimanapun lagu Gendang Air semakin lama semakin hanyut kepada tema cinta teruna dara, atau lelaki perempuan.
Misalnya dalam lagu Awan Dondang lirik yang biasa seperti berikut:
Awan dondang, dondanglah dondang
Udang galah mudit ke Sampun
Buah pauh si ngasam kumbang,
Batu Kinyang jauh ke darat
Tetak nipah bersusun nipah
Anak ular cinta mani
Gendang Melayu Lama kedengaran sekali sekala pada tahun 50-an dan 60-an dan kini hampir tidak kedengaran lagi kecuali dipersembahkan sebagai artefak budaya bukan lagi amalan . Saya menonton secara langsung acara Gendang Melayu Lama sekitar tujuh lapan tahun yang lalu semasa diadakan Seminar Budaya Melayu di Dewan Pembangunan Tun Abdul Razak. Ketika itu orang yang mempersembahkannya ialah Hajjah Sarbanun Datuk Marican. Dan minggu lalu saya menonton Gendang Air yang dipersembahkan khas untuk sebuah rancangan televisyen.
Sejauh yang saya ingat saya tidak pernah menonton persembahan Gendang Melayu Lama di kawasan lain selain di Kuching, walaupun ada orang berkata di kawasan delta Sungai Rajang hingga ke Sibu, dan di Kuala Brunei dikatakan ada amalan Gendang Melayu Lama.
Kalaupun ada Gendang Melayu Lama yang masih cuba dipelihara dan dijaja(?) ke sana ke mari apabila ada seminar budaya dan keramaian ialah Gendang Berdah dari Kampung Sesang, diketuai oleh Penghulu Sulaiman Johari, yang saya pernah tontoni persembahannya lebih lima tahun yang lalu. Lepas itu saya pernah mendengar persembahannya melalui radio dalam satu keramaian di Sri Aman. 1 Laman web: http://www.sarawak.gov.my 2 Laman web: http://allmalaysia.info/state/sarawakintro.asp
|
| < Prev | Next > |
|---|