|
Laman ini mengandungi bahan yang sesuai untuk mereka yang ingin belajar mengenali pantun dan untuk sesiapa sahaja yang mahu mengenali pantun, kerana di sini mereka akan memperoleh contoh pantun dan kupasan sederhana mengenai pantun pada peringkat alam mereka. Di samping itu pengkaji seni budaya atau sains kemasyarakatan dan tamadun bangsa boleh sahaja menjadikan laman ini sumber bahan dan sumber rujukan untuk mendapatkan idea dan rangsangan fikiran berkenaan pantun. Pantun dihidangkan sebagai teks, nyanyian audio dan lakontari audio-visual untuk merangsangkan pemahaman dan apresiasi terhadap seni ini pada peringkat estetikanya. Untuk mereka yang mahu mengkaji pantun secara lebih mendalam disediakan bahan-bahan perbincangan, huraian dan kupasan dalam bentuk rencana, memoir, anekdota, kertas kerja, makalah dan laporan. Kami juga merekabentuk laman ini supaya menjadi laman mesra pengunjung, agar para pengunjung yang ingin menguji kemampuan mereka berpantun boleh sama-sama menyumbangkan pantun mereka, atau membalas pantun di ruangan yang disediakan. Dengan itu laman ini terus berkembang dengan pangkalan data pantunnya terus bertambah hari demi hari. Di samping itu disediakan bahan perbincangan tentang makna dan isi pantun, kajian struktur dan sejarah pantun serta fungsi pantun sebagai media komunikasi di dalam masyarakat majmuk di rantau Nusantara. Demi memperluaskan horizon perbincangan mengenai pantun sebagai satu khazanah atau genre puisi dunia kami bekalkan juga beberapa pautan yang telah kami temui dan rasakan penting untuk rujukan silang demi menjadikan penelitian terhadap pantun itu satu usaha yang benar-benar berfaedah dan mantap. Semoga semua beroleh manfaat daripada laman yang disediakan. Saiee Driss Pemilik Pantun Online.
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
|