Laman Utama arrow Artikel arrow PERANAN PANTUN DALAM KEHIDUPAN
PERANAN PANTUN DALAM KEHIDUPAN Print E-mail
User Rating: / 0
PoorBest 
Written by Pak Asdy (Laporan)   
Saturday, 05 January 2008

 

Peranan pantun dalam kehidupan jaquh melangkaui bidang hiburan. Jawapannya terungkap di dalam pantun-pantun berikut yang dipetik daripada Budayawan dan sarjana Pak Tenas Effendy yang kini bertugas di Akedemi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Pantun-pantun ini dipetik daripada kertas kerjanya Tunjuk Ajar Dalam Pantun Melayu, dibentangkan dalam Seminar Pantun Melayu: Semalam, Hari Ini dan Esok, di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi pada 6 dan 7 Disember 2007.

 

Apa guna orang bnertenun
Untuk membuat pakaian adat
Apa guna orang berpantun
Untuk mengingat poetruah amanat

Apa guna orang bertenun
Untuk membuat kain dan baju
Apa guna orang berpantun
Untuk mengangkat tuah Melayu

Apa guna orang bertenun
Untuk membuat pakaian budak
Apa guna orang berpantun
Untuk mengajar hukum dan syarak

Apa guna orang bertenun
Untuk membuat kain cindai
Apa guna orang berpantun
Untuk membaiki laku perangai

Apa guna orang bertenun
Untuk membuat pakaian nikah
Apa guna orang berpantun
Untuk menyampai petruah amanah

Apa guna orang bertenun
Untuk membuat kain selendang
Apa guna orang berpantun
Untuk mengingat hukum dan undang

Apa guna orang bertenun
Untuk membuat kain pelekat
Apa guna orang berpantun
Untuk mengkaji adat istiadat

Apa guna orang bertenun
Untuk membuat klain selerang
Apa guna orang berpantun
Untuk mengisi mana yang kurang

Apa guna orang bertenun
Untuk membuat kain dan baju
Apa guna orang berpantun
Untuk menimba berbagai ilmu

Kalau orang melabuh pukat
Carilah pancang kayu berdaun
Kalau kurang mengetahui adat
Carilah orang tahu berpantun

Kalau kayu sudah ditarah
Keratlah cabang dengan daunnya
Kalau ilmu hendak bertambah
Dekatilah orang dengan pantunnya

Apalah guna daun kayu
Untuk tempat orang berteduh
Apalah guna pantun Melayu
Untuk tempat mencari suluh.


Daripada himpunan pantun ini, kita dapat melihat betapa besarnya peranan pantun di daqlam melestarikan budaya Melayu itu sendiri kerana sifat kompaknya membolehkan di dalamnya disimpanklan pelbagai kebijakan dan ilmu pengetahuan.

 ----

Kuala Lumpur, 6 Januari 2008

 

 

 
< Prev   Next >

Pengguna di talian

We have 14 guests online

Statistik Pelawat

Visitors: 584852